Nadi Melugu X Kidventure Kohort 7
18 November 2025 | Aktiviti TerkiniSatu webinar atas talian bagi Kohort ke-7 telah berlangsung pada 17 November 2025 lalu. Webinar Usahawan Kidventure memperkenalkan peserta muda kepada dunia keusahawanan melalui siri topik yang mudah difahami dan relevan dengan zaman digital. Sesi bermula dengan pengenalan asas kewangan dan perniagaan, diikuti perancangan operasi yang membantu peserta memahami bagaimana perniagaan berjalan secara teratur.
Mereka juga didedahkan kepada asas pemasaran, sebelum beralih kepada topik lebih moden seperti AI dalam pemasaran dan pemasaran berasaskan elemen AI, yang menunjukkan bagaimana teknologi boleh membantu menjalankan promosi dengan lebih kreatif. Webinar ini turut menyuntik semangat melalui slot Inspirasi Usahawan Muda, serta memperkenalkan konsep AI sebagai ‘kawan baru’ kanak-kanak, menjadikan teknologi sebagai alat pembelajaran yang menyeronokkan. Keseluruhannya, webinar ini membina asas pemikiran keusahawanan yang progresif dan sesuai untuk generasi muda.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: